Catatan

BERWAQAF DAN MENYANTUNI ANAK-ANAK DI MADRASAH, TAHFIZ DAN RUMAH ANAK YATIM

"Sejak saya guna buku Kuasai Tajwid 6 Jam yang diwaqafkan ini, baru saya faham Tajwid dan Hafazan saya dapat A+" Abu Ubaidah bin Salman, Penuntut Tahfiz Al-Mubarak

Di Ramadhan kali ini.. Kami ingin mengajak Muslimin dan Muslimat bersama-sama kami untuk kita menyantuni anak-anak pilihan Allaah SWT di Madrasah, Tahfiz dan Rumah Anak Yatim di seluruh negara dengan MENGINFAQKAN buku Kuasai Tajwid 6 Jam.. Dan MENYANTUNI mereka dengan memberi khidmat kursus Kuasai Tajwid 6 Jam. Buku ini menonjolkan teknik pengajaran Tajwid yang mudah difahami dan cepat dapat di praktik didalam pembacaan Al-Quran anak-anak ini.

Team kami yang diketuai oleh Ustaz Zubair Malik akan pergi menghantar buku-buku Tajwid ini dan memberi khidmat kursus Tajwid kepada para pelajar ini secara percuma.

Secara tidak langsung kita sama-sama telah meringankan kerja-kerja para pendidik di Madrasah, Tahfiz dan Rumah Anak Yatim tersebut.

Apa yang ANDA akan dapat?
1. Pahala jariah berganda-ganda di bulan Ramadhan ini.
2. Jariah berbentuk ilmu bermanfaat kepada anak-anak ini. Yang mana setiap kali mereka membaca Al-Quran kita akan terima jariahnya.
3. Meringankan beban guru-guru mengajar Tajwid.
4. Memberi motivasi buat anak-anak ini untuk lebih cepat menghafaz Al-Quran.
5. Dengan jariah ini In-syaa-Allaah akan kabulkan segala niat maksud dan hajat kita oleh ALLAAH SWT .

Kami mengalu-alukan keprihatinan Tuan/Puan untuk menatap galeri Waqaf Tajwid sebagai rujukan pergerakan infaq Tuan/Puan.

Amal Ramadhan

INFAQ RAMADHAN
Ganjaran Pahala Berganda-ganda...
Mustajabnya Doa & Hajat Berganda-ganda....

Infaq Sedekah Jariah sebagai bekalan untuk bertemu Allaah SWT.
Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah SAW bersabda: “Apabila mati seseorang anak adam maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara iaitu:"

(1) Sedekah Jariah, atau
(2) ilmu yang bermanfaat dengannya oleh orang lain, atau
(3) anak soleh mendoakannya

(HR: Muslim)

Infaq / sedekah penghapus dosa.
Muaz bin Jabal r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR: al-Tirmizi)

Infaq / sedekah penyembuh penyakit.
Malah sedekah dikatakan boleh membantu dalam menyembuhkan penyakit. Pesan Rasulullah ﷺ: “Rawatlah penyakit itu dengan sedekah” (HR: Abu Daud)

Muatnaik Terkini...

PROMO BUKU TAJWID!

Catatan Terbaharu

#INFAQ 024 : MASDAR

#INFAQ 011 : MTA FATHUL ULUM

#INFAQ 015 : SMA AL-IRSYAD


Tempahan Buku Tajwid

JOM INFAQ LAJU-LAJU, SEMOGA REZEKI LAJU-LAJU MELIMPAH!!